Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee memohon maaf secara terbuka kepada ibunya, Norhasnida Hassan dalam program siaran langsung MeleTOP semalam.

Menurut Hanee, dia kesal dengan tindakan dilakukan itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut semula pada masa akan datang.

"To my Mommy, I love you so much and I'm very sorry. Terima kasih sebab sokong saya walaupun I have broke your heart so badly.

"Hanee berjanji depan semua orang tak akan ulang lagi and I will make you proud after this," katanya.


Sementara itu, Hanee turut menjelaskan tujuan dia memadam semua gambar di Instagram ketika berada dalam Dewi Remaja kerana tidak mahu merosakkan imej pertandingan tersebut.

"Hanee sedar kesalahan Hanee. Pertama sekali saya telah membawa imej negatif kepada nama Dewi Remaja dengan majalah Remaja sekali.

"Jadi saya mengambil langkah untuk memadam semua gambar-gambar sepanjang berada di Dewi Remaja kerana tidak mahu jejaskan 'brand' mereka itu.

BACA: Mengaku Salah, Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula

BACA: "Jangan Salahkan Dia!" - Haneesya Hanee Mohon Semua Pihak Berhenti Menyalahkan Ibunya

BACA: "Saya Mohon Maaf, Tak Pandai Didik Anak" - Ibu Haneesya Hanee

BACA: “Skin Colour Doesn’t Relate Anything With The Action I Did” - Haneesya Hanee

"Jadi saya memilih untuk simpan sendiri sahaja gambar itu," ujarnya lagi.

Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya ditarik semula ekoran penyebaran video kontroversi gadis itu sedang berhibur di sebuah kelab malam.