"Saya memohon maaf... Itu bukan salah dia, salah saya yang tidak pandai mendidik anak".
Demikian luahan sebak seorang ibu, Norhasnida Hassan, berhubung kontroversi panas anaknya, Haneesya Hanee bekas juara Dewi Remaja 2018/2019.
Menerusi paparan Facebook miliknya yang menggunakan nama Nor Sakuraneeda, dia mengakui Haneesya melakukan kesilapan sukar diterima oleh semua orang.
"Tetapi percayalah, kesilapan dilakukan itu adalah kerana dia terlalu tertekan dengan hidup menjadi anak yang sempurna.
BACA: Mengaku Salah, Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula
"Tolong maafkan dia dan jangan ungkit aib dia... beri masa untuk saya perbaiki kesilapan dalam mendidik anak. Dia anak yang baik tidak pernah abai tanggungjawab sebagai anak," katanya.
Katanya lagi, anaknya sentiasa berada dibelakangnya saat dia jatuh dan bangkit bersama jika ditimpa masalah.
"Dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga, saya juga pimpin tangan dia masa dia belajar dalam industri seni ini, kini masa saya untuk saya pegang tangan disaat dia jatuh bila Allah beri teguran.
"Allah bukan sengaja menegur dia dengan keras tapi kerana Allah sayang dia dan saya. Saya tidak leka jadikan dia malaikat.
"Dan dia tidak leka jadi syaitan... berilah masa, ruang, peluang untuk kami berdua perbaiki kesilapan yang terjadi ini," luahnya.
BACA: "Jangan Salahkan Dia!" - Haneesya Hanee Mohon Semua Pihak Berhenti Menyalahkan Ibunya
Tidak menduga akan menerima ujian seberat ini, namun dia tetap tabah dan menzahirkan jutaan terima kasih di atas sokongan dari ahli keluarga dan penyokong.
"Kepada mereka yang sanggup datang kerana risau, hanya Allah sahaja mampu memberi kebaikan. Terima kasih masih percaya dan memberi peluang untuk Haneesya untuk buktikan dia bukan 'fake'.
"Tapi dia insan baik hati hanya menjadi mangsa ibu yang inginkan kesempurnaan yang terbaik buat anaknya... Maafkan saya," tambahnya.
Sumber: Astro Awani / Sinar Harian
Kamaruddin Razal
Fri Jan 18 2019
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.