Pelakon Fizo Omar tidak menafikan masih menyayangi bekas isterinya, Mawar Karim yang diceraikannya semalam.

BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu

BACA: “Saya Korbankan Kasih Sayang Saya Demi Kebahagiaan Fizo Sekeluarga” - Mawar Karim

Jelas Fizo, kasih sayang itu masih berbaki selaku ibu kepada anak tunggal mereka, Wan Maryam, 2 tahun.

"Saya tak menafikan sekiranya jodoh kami panjang dengan izin Allah, saya serahkan pada takdir.

"Saya masih sayang dan kasih pada Mawar sebagai ibu kepada anak saya. Terima kasih banyak-banyak kerana menjadi ibu terbaik kepada Maryam. Saya banyak terhutang budi pada Mawar," kata Fizo kepada Gempak.

Fizo dan Mawar telah memilih keputusan untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.

Ditanya soalan sama kepada Mawar, usahawan tudung popular itu dia lebih rela mengunci mulut.

"No comment! Saya tak boleh komen banyak-banyak sebab perlu menjaga hati banyak pihak.

"Saya takut apa yang saya cakap nanti disalahertikan orang luar.

"Perkara ini masih baru dan saya akan melakukan yang terbaik dan menjadi kawan terbaik kepada Fizo," ujarnya.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.