Kemelut rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.

BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu

Jelas Mawar, 30, dia reda dengan keputusan yang dipersetujui mereka dan telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.

“Sudah tentu semua wnaita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya.

“Tapi, selama enam tempoh perkahwinan ini kami mencuba dan saya reda mungkin sampai sini sahaja saya.

“Saya sudah cuba mencari keserasian dengan keluarga Fizo namun hari ini saya korbankan kebahagiaan kasih saya sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” katanya ketika ditemui selepas prosiding cerai tertutup hari ini.

Sehingga kini, hak penjagaan anak menjadi tanggungjawab Mawar sehingga diputuskan kelak.

“Maryam akan tinggal bersama saya tetapi saya takkan putuskan hubungan bapa dan anak,” tambah Mawar.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.