Penyanyi Aishah berang selepas dia dituduh mengambil keputusan untuk berhenti dari bidang politik kerana tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Aishah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya menjelaskan persoalan salah seorang netizen yang memberi komen terhadap keputusannya yang mahu memberi perhatian sepenuhnya di dalam bidang seni.

[BACA: “Selamat Tinggal Politik, Dari Saat Ini Saya…” – Aishah ]

Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar paparan skrin komen serta penjelasannya mengapa tidak menyertai politik.

Aishah menjelaskan dia sendiri meminta untuk dicalon dalam PRU14 kali ini kerana mahu fokus dalam bidang seni.

Menurut Aishah lagi, jika benar dia mahu menyanyi hingga lanjut usia sekalipun apa salahnya kerana itu kelebihan dan bakat yang dia ada.

Kesian orang macam ni,komen main suka hati tok nenek dia je,tak berasas.Kalau ye pun I nyanyi sampai tua ,so what?Ada mintak makan dengan dia ke???Tak payah hinalah penggiat seni,kami cari makan gunakan bakat yg ada pada kami,tak payah jadi cybertrooper hidup bergelumang dosa mengata orang.Kalau berani tunjuk mukalah,mengapa kecut sangat nak letak gambar.Baling batu sorok tangan...

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal