Penyanyi Aishah memberitahu dia kini sudah meninggalkan bidang politik demi memberi focus kepada bidang seni.

Aishah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya berkata dia kini bakal menjadi pemerhati serta pengundi sahaja sama seperti orang lain.

“Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.

“Selamat tinggal politik, dari saat ini saya seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja,” tulisnya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian netizen dan pengikut laman sosialnya yang rata-rata menyokong pendirian dan keputusannya.

Malah ramai yang tidak sabar menanti lagu baharu penyanyi tersebut.

Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu sebelum ini pernah bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi ahli PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan.

Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.Selamat tinggal politik,dari saat ini I seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Foto: Instagram Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal