Suami penyanyi Adira, Datuk Red memilih nama Ali untuk anak keempat yang selamat dilahirkan isteri pertama pada 2 April lalu.

Datuk Red mendedahkan wajah anaknya menerusi akaun Instagram pada Isnin.

Foto itu dirakamkan ketika majlis bertahnik anak bongsunya itu.

“Alhamdulillh, semalam selesai tahnik untuk anak bongsu.

“Nama penuh mu Ali, nama singkatan mu pun Ali.

“Semoga menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua,” tulisnya.

Allhamdulliahhh semlam selesai tahnik tuk ank bongsu..nama penuh mu Ali..nama singkatan mu pon Ali semoga menjadi anak yang soleh dan menghormati org tua.. #datoredhensem #Ali #legasiA #familyman

A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on


Dalam pada itu, isteri pertamanya Datin Red juga berkongsi wajah Ali menerusi medium yang sama.

tahnik #Ali7day yg abg tu jampi ckit kasi kurang nakal biar jd bdk baik hehe

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red) on


[BACA: “Lahirkan Anak 4 KG Secara Normal “ - Datin Dan Datuk Red Dapat Baby Boy]

Terdahulu, Datuk Red dikurniakan tiga orang cahaya mata bersama Datin Red.

Manakala bersama Adira, pasangan ini dikurniakan seorang anak yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017.

Foto: Instagram @dato.red / @datin_red

Teks oleh: Mya Amri