Isteri pertama kepada suami penyanyi Adira, Datin Red selamat melahirkan anak keempat mereka.

Bayi lelaki seberat 4 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 7.15 petang.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Datin Red menerusi akaun Instagram (IG) semalam.

Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila Hassim melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anak mereka.

“Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan baby boy pkl 7.15pm tadi, berat baby 4 kg secara normal. Doakan kami baik-baik sahaja,” tulisnya ringkas.

Alhamdulillah syukur sye slmt melahirkan bby boy pkl 7.15pm td,berat bby 4kg secare normal..doakn kami baik2 sje

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red) on


Manakala Datuk Red juga turut memuat naik status berkaitan dengan kelahiran anak kesayangannya itu.

“Allhamdullilah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki sebentar tadi. #datoredhensem #rezeki #tujuhanak,” tulisnya.

Allhamdullilah...istri sya selamat melhirkan ank...lelaki sebentar tdi... #datoredhensem #rezeki #tujuhanak

A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada Datin Red.

Terdahulu, Datuk Red dikurniakan tiga orang cahaya mata bersama Datin Red.

Manakala bersama Adira, pasangan ini dikurniakan seorang anak yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017.

Foto: Instagram @dato.red / @datin_red