Kelmarin, pelakon dan pelawak Ali Puteh berkongsi tentang akaun Instagramnya yang telah digodam. Ini kali kedua akaun miliknya digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Baca: Akaun Instagram Kena Hack, Ali Puteh Terima Ujian Allah

Lebih memeritkan, kali ini Instagram milik isterinya, Melati Fitri Abdullah pula menjadi mangsa. Malah, Melati turut menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak bertanggungjawab.

Baca: Lepas Maki Isteri Ali, Pemilik Akaun Hilang Dari Radar!

Pada satu entri di Instagram baharu milik Ali Puteh, dia berkongsi maklumat tentang Instagram isterinya yang turut dicuri.

Dengki khianat org pada kami.. alhamdulillah

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on


"Dengki khianat orang pada kami, Alhamdulillah," tulis Ali.





Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkahwin dengan Melati Fitri Abdullah pada tahun 2016.

Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, namun cahaya mata kedua mereka meninggal dunia November tahun lalu selepas tiga bulan dilahirkan akibat masalah jantung.

Ketika ini, Melati dikhabarkan sedang mengandung anak ketiga mereka.