Pelawak Ali Puteh memberitahu akaun Instagram (IG) miliknya telah digodam.

Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Ali itu diumumkan menerusi ruangan sebuah entri di IG baharu, semalam.

"Instagram baru saya yang original..Yang lama sudah kena hack.

"Selain dari akaun ini itu semua bidaah!" maklumnya.



Dalam pada itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, 31, menganggap segala yang terjadi adalah ujian dalam kehidupannya.

"Allah uji lagi. Instagram pulak dicuri. Insya-Allah terus bersabar kerana bila kita sabar, Allah sayang kita," tulisnya lagi.

Allah uji lagi...ig Pula Di curi...insyaallah terus bersabar kerana bila Kita sabar...Allah syg Kita...

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on


Sehingga kini ,akaun baru Ali baru sahaja mempunyai lapan posting dan hampir 26,000 pengikut.

Terdahulu, Ali sebelum ini pernah mengalami nasib yang sama apabila akaun IGnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada September 2019.