Konflik antara usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan pengacara terkenal Azwan Ali nampak gayanya belum berakhir apabila DSV dilihat masih tidak berpuas hati dengan cara permohonan maaf yang dibuat.

Menerusi satu posting terbaru, DSV menganggap permohonan maaf dibuat oleh Azwan Ali kelihatan seperti memperlinya.

"Macam gam**g, cara minta maaf yang menganjing," katanya ringkas sebagai kapsyen.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen menganggap cara Azwan Ali meminta maaf tidak begitu ikhlas.

Malah ada juga meminta DSV supaya meneruskan tindakan sama berkenaan.

Anda boleh lihat antara komen di bawah.



Semalam, pengacara terkenal Azwan Ali akhirnya memohon maaf susulan penghinaan yang didakwa dilakukan terhadapDSV serta anak perempuannya iaitu Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

BACA: Kemelut Isu Menghina Datuk Seri Vida, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf!

Permohonan secara eksklusif itu dilakukan selepas DSV mengemukakan saman malu terhadap Azwan, Isnin lalu.

Selain itu saman juga dikemukakan kerana Azwan telah menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

BACA: Datuk Seri Vida Kemukakan Saman Malu Terhadap Azwan Ali