Pengacara terkenal Azwan Ali akhirnya memohon maaf susulan penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) serta Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Permohonan secara eksklusif itu dilakukan menerusi satu sidang media yang berlangsung hari di Hotel Marriot Putrajaya, hari ini.

Dalam sidang media berkenaan, Azwan secara terbuka menunaikan empat tuntutan yang diminta oleh DSV.

Tuntutan itu antara lain meminta Azwan supaya melakukan permohonan terbuka, tarik balik semua kandungan berkaitan DSV dan mengakui semua yang dilakukan adalah fitnah.

Tuntutan terakhir adalah akur janji untuk berhenti bercakap apa jua mengenai isu berkenaan.

Menurut Azwan, apa yang dilakukan ini adalah sebagai menghormati DSV walaupun dalam videonya tidak disebutkan nama ahli perniagaan tersebut.

"Saya harap kes ini telah selesai. Berdamai itukan lebih baik," katanya.

Dalam sidang media itu Azwan Ali turut ditemani oleh peguam belanya iaitu Mohamed Fu'ad Zainal Abidin.

Semalam, DSV mengemukakan saman malu terhadap Azwan.

Tindakan tersebut dibuat selepas Azwan melakukan penghinaan terhadap dirinya dan anak iaitu Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Selain itu saman juga dikemukakan kerana Azwan telah menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.



BACA: Datuk Seri Vida Kemukakan Saman Malu Terhadap Azwan Ali