Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memohon maaf kepada rakan-rakan beragama Kristian susulan tindakan pemilik butik pengantin yang menggunakan tanah perkuburan agama itu sebagai lokasi sesi fotografi.

Menerusi satu posting di Instagramnya, PU Amin ternyata kecewa dengan sikap pemilik butik tersebut yang disifatkan sebagai tidak menghormati agama lain.

"Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur Kristian ni. Mungkin nak promosi baju, mekap artis atau pakej kahwin atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur," katanya.

BACA: “Saya Terima Kritikan… Tapi, Tolong Jangan Salahkan Model Itu” – Pemilik Butik Pengantin Minta Maaf

Menurut PU Amin lagi, dia turut meminta pandangan dari rakannya yang beragama Kristian berhubung isu tersebut.

"Mereka orang Kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka..

"Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang Kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur. Hormatlah agama orang lain, kalau mereka buat dekat kubur kita macam mana ?

"Pada kawan-kawan Kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini. Ikutlah sabda nabi, tinggalkan benda pelik pelik," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tujuan utama untuk memilih kawasan kubur berkenaan sebagai lokasi penggambaran.

Terdahulu tindakan pemilik butik berkenaan telah mencetus kemarahan netizen dan rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati tanah perkuburan agama lain.

BACA: ‘Photoshoot’ Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian Cetus Kemarahan Netizen!

Susulan itu, individu telah pun memohon maaf di atas kesilapannya.

Dia turut memohon warganet agar tidak menyalahkan model yang berada dalam gambar tular tersebut.

DEMI NAK VIRAL | Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni . Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur kristian ni.. . Mungkin nak promot baju , mekap artis atau pakej kahwin , atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur ? Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau camne ?.. . Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan rakan saya yang beragama kristian , mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka.. . Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur . Dorang datang dan balik . Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergamba. Aneh tuan tuan . Aneh.. . Hormatlah agama orang lain. Kalau dorang buat dekat kubur kita macam mana ? Pada kawan kawan kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini.. . Ya Allah , apa sudah jadi dengan dunia . Macam macam cara marketing orang sekarang . Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’ ?.. . Bak kata shuib sepahtu “peninggg arrrrr” ?..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on