Raya menjelang tiba dan pastinya ramai wanita di luar sana yang mahu tampil anggun, cantik dan mempesonakan.

Namun, mungkin ramai yang berdepan masalah untuk kekal jelita sepanjang hari selepas mengoles wajah dengan pelbagai produk kecantikan.

Mahu atau tidak, belum masuk separuh hari terpaksa bersusah payah untuk touch up alat solek terutama selepas menjamu selera.

Sebenarnya anda tidak perlu lagi bersusah payah kerana Kate Tokyo menyediakan solusi untuk keperluan wanita pada pagi Syawal nanti.

Berikut kami kongsikan cara untuk tampil cantik bak bidadari sepanjang hari dengan hanya lima langkah mudah!

1. Bibir mungil dengan Kate Color Highvision Rouge

Serlahkan bentuk bibir anda wahai kaum wanita dengan rangkaian lipstik warna membara Kate Color Highvision Rouge.

Sekali calit sudah cukup untuk membentuk bibir anda.

Mungkin dari jauh lagi ramai yang sudah perasan kehadiran anda ke acara rumah terbuka raya nanti dengan lipstik ini.



2. Mata galak dengan Kate Super Sharp Liner EX

Kata orang, dari kerana mata turun ke hati!

Celak mata lembut ini amat sesuai bagi yang ingin menyerlahkan bentuk mata pada Syawal ini.

Tiada lagi ruang antara bulu mata dan pastinya akan ramai yang mulai tertawan dengan anda.



3. Kening dan kontur hidung menonjol dengan Kate Designing Eyebrow 3D

Tidak perlu warna yang kontra, cukup sekadar mengikut kesesuaian tona kulit, kemaskan bulu kening dan menonjolkan kontur hidung anda dengan fungsi 2 dalam 1 Kate Designing Eyebrow 3D.

Gayakan dan bentukkan kening serta menunjukkan definisi kontur hidung anda dengan penuh mempesonakan!


4. Pipi tirus dengan Kate 3D Cheeks

Setiap kotak Kate 3D Cheeks dilengkapi dengan dua palet warna semulajadi yang sangat sesuai untuk kulit wanita Asia.

Malah, Kate 3D Cheeks dilengkapi dengan berus yang sangat praktikal dan memudahkan anda bersolek tidak kira di mana anda berada.



5. Wajah mulus bak bidadari dengan Kate Powdery Skin Maker

Ini rahsia terbesar untuk wanita yang mahu kekal anggun seharian pada Syawal nanti!

Kate Powdery Skin Maker didatangkan dalam bentuk foundation cairan yang bertekstur ringan dan lembut.

Senang nak touch up!

Beberapa saat selepas diusap ke wajah, foundation itu akan bertukar menjadi bedak.



Kulit anda akan tetap nampak bersih dan segar walaupun di bawah panas terik matahari.

Formulasi matte dalam Kate Powdery Skin Maker mengelakkan kulit wajah nampak berminyak atau bertompok-tompok.

Bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang Kate Powdery Skin Maker, jom tonton video ini.