Penyanyi Elyana mengakui separuh hidupnya menahan sakit akibat menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Menerusi Instagram (IG), Elyana mengakui malu untuk keluar rumah berhadapan dengan orang ramai kerana risau penyakit yang dihadapinya itu akan diketahui.

"Gambar empat tahun yang lepas. Setelah sekian lama menyembunyikan diri di rumah. Akhirnya saya beranikan diri untuk keluar di tempat awam.

"Masa ni rambut saya tinggal rambut depan je. Habis botak sebab Chemotherapy.

"Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit.

"Separuh dari hidup saya menahan sakit. Tapi sampai bila nak meratap nasib kan?
Zaman-zaman rambut palsu saya," tulisnya.

Gambar 4 tahun yang lepas.Setelah sekian lama menyembunyikan diri di rumah.Akhir nya saya berani kan diri untuk keluar di tempat awam.Masa ni rambut saya tinggal rambut depan je.Habis botak sebab Chemotherapy... Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah,sebab takut orang tau saya sakit.Separuh dari hidup saya menahan sakit.Tapi sampai bila nak meratap nasib kan? Zaman-zaman rambut palsu saya.. ? #fuckyoucancer #lymphoma #stage4cancer ———————————————————

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on


Rata-rata peminat kagum dengan kecekalan Elyana dan mereka berharap dia segera sembuh daripada penyakit yang dihadapi.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.

Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram