Penyanyi jazz, Noryn Aziz akui tidak menyangka akhirnya impiannya untuk menyanyi berduet dapat direalisaikan menerusi lagu Percayakan Cinta.

Berduet dengan penyanyi Hazama, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu bakal menjadi lagu runut bunyi filem Kalla yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

"Ini kali pertama dalam sejarah karier saya berduet dan sebenarnya saya sangat teruja apabila digandingkan dengan Hazama.

"Menerusi lagu Percayakan Cinta saya banyak belajar memandangkan pengalaman saya menyanyikan lagu Melayu agak terhad.

"Saya bangga berkobolarasi dengannHazama kerana suaranya tidak perlu dipertikaikan lagi dan ia sangat membantu ketika saya rakamkan bahagian saya," katanya kepada Astro Gempak.

Noryn ditemui ketika Majlis Iftar bersama pelakon filem Kalla: Hidup atau Mati di Hotel Concorde Kuala Lumpur, kemarin.

Menurut Noryn, dia sudah lama meracangang untuk merakamkan lagu duet sebelum ini namun tidak kesampaian di atas beberapa halangan.

"Sebelum ini pernah merancang nak buat lagu duet tapi asyik tak menjadi kerana pelbagai faktor termasuk bajet.

"Akhirnya dapat juga dan harap-harap pendengar akan suka dan memperkenalkan nama Noryn Aziz kepada lebih ramai pendengar muzik tempatan," katanya.