Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan isteri, Zira telah selamat berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah baru-baru ini.

Semalam menerusi akaun Instagram (IG) @nabilzira, Nabil telah memuat naik foto yang menunjukkan sekeping kertas tertulis senarai doa dengan berlatar belakangnya Kaabah.

Ia dipercayai doa yang dikirimkan oleh pengikutnya dari laman sosial tersebut kerana tertulis "to all followers".

Di atas kertas itu tertulis doa-doa seperti dimurahkan rezeki, diberikan rezeki anak kepada yang belum mendapat zuriat, kebahagian, diterangkan hati kepada yang sedang menduduki peperiksaan dan banyak lagi.

Menerusi entri tersebut, Nabil menulis:

"Sayang follower @nabilzira,"

Rata-rata pengikutnya gembira serta berterima kasih kepada pasangan itu kerana sudi menyampaikan doa mereka di tanah suci.

Ini bukan kali pertama Nabil mengerjakan Umrah, malah pengacara MeleTop itu juga sudah pun mengerjakan ibadah Haji.

Sayang follower @nabilzira

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on