Pelakon Siti Saleha bersedia untuk ditanya soalan mengenai zuriat apabila berkunjung ke rumah saudara-mara pada Aidilfitri nanti.
Kata Saleha, dia tidak terasa hati sekiranya soalan sedemikian diajukan kepadanya mahu pun suami, namun perlulah berpada-pada.
"Normallah kalau orang nak tanya soal anak, itu kan budaya kita terutama kalau tiba hari raya. Saya tak akan melihat soalan itu daripada sudut sensitif pun.
"Jawapan saya, kami tak merancang dan doa-doakan. Sebab rezeki bukan kita yang tentukan.
"Saya pasti, mereka yang sering bertanyakan soalan tentang anak kerana ingin tahu dan saya anggap satu doa.
"Cuma, ada cara yang sesuai untuk bertanya supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak," katanya kepada Astro Gempak.
Saleha ditemui pada majlis pelancaran Football Fanatix Run @ Shah Alam sempena Fifa World Cup 2018 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur semalam.
Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pegawai kerajaan, Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017.
Dalam perkembangan lain, Saleha bakal ke set penggambaran drama 13 episod terbitan Finas selepas cuti Aidilfitri.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sallywho
Amri Hassan
Thu Jun 07 2018
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.