Isteri pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin mengingatkan kaum isteri supaya tidak terlalu merungut jika suami tidak menolong di dapur.

Menurut Afifah kadang-kadang suami tidak tolong di dapur kerana ada perkara lain yang dilakukan suami dalam meringankan tugasan seorang isteri.

Afifah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik fotonya bersama Ajak di dalam kereta yang menunjukkan suaminya sedang memberikan susu kepada anak mereka.

Kita jangan komplenn kalau laki kita tak tolong kat dapur..tak tolong kemas rumah..tak tolong itu ini,sebab ada benda dia buat untuk kita tanpa kita sedar.. Mandikan anak, layan bagi susu anak dan paling penting cari rezeki untuk kita sekeluarga.. Makanya,kene selalu bersyukur apa yang ada sebab sebagai isteri kita pun tak sempurna.. hehe Sayang darling ibu ummuahhh.. Bab anak dia win ?? #ingatanuntukdirisendiri #salingmelengkapi #takyahbebelselalu . @ajakshiro

A post shared by Afifah Amin (@afifahamin) on


Sementara itu kebanyakan netizen turut memuji keharmonian rumahtangga yanh dianggap perlu dicontohi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Instagram: Afifah Amin