Penyanyi popular Katy Perry, baru-baru ini menerima kritikan daripada peminatnya apabila meninggalkan komen lucah di akaun instagram kekasihnya, Orlando Bloom.

Katy secara bergurau memberitahu dia teruja melihat bahagian punggung aktor itu sebelum memadam komen tersebut.

Menerusi laporan Daily Mail, Katy menjelaskan dia tidak sengaja menulis komen di ruang terbuka namun sebaliknya ingin meninggalkan mesej secara peribadi kepada Orlando.

"Perkara yang berlaku ini sebenarnya tidak sengaja dilakukan sebaliknya ia adalah kesilapan daripada saya.

"Saya sebenarnya ingin menghantar mesej itu secara peribadi dan bukannya menulis di ruangan umum," jelasnya.

Katy dan Orlando dilaporkan kepbali bercinta sejak Januari lalu selepas berpisah pada tahun lepas.

Mereka juga dilihat bercuti di Malvides pada Januari sebelum ke Prague tiga bulan kemudian dan pada April lalu Katy mengakui dia sudah kembali ke pangkuan Orlando.

Sumber: Daily Mail

Susunan : Rozaimi Zubaidi