Pelawak dan penyanyi Achey mengakui bersyukur apabila hubungan perkahwinan yang dibina sejak lapan tahun lalu bersama isterinya Nor Hasanah Yahaya tetap bahagia walaupun masih belum dikurniakan zuriat.

Menurut Nor Hasanah atau lebih selesa dipanggil Anne, berkata, dia dan Achey sudah lali dengan pertanyaan mengenai zuriat yang sering ditanya oleh orang ramai kepada mereka.

"Bila bercakap pasal anak itu merupakan perkara mencabar bagi saya dan Achey.

"Bila setiap kali balik kampung orang akan selalu bertanya pasal anak dan perkara itu pada awalnya membuatkan kami tertekan.



"Namun bila difikirkan semula kami redha dan menganggap ini semua merupakan ketentuan Allah.

"Sekarang ini usia perkahwinan kami sudah masuk lapan tahun dan kami sebenarnya sudah lali dengan persoalan itu," katanya menerusi temu bual di dalam program Resipi Memikat Isteri 2.


Resipi Memikat Isteri 2 dibawakan oleh Tefal iaitu pengeluar peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan pelbagai Peralatan Masak antaranya Rice Cooker (RK8055).

Achey mengunakan produk Rice Cooker (RK8055) untuk memasak Mee Sup Tulang Rusuk Istimewa dan dibantu oleh Ili Sulaiman sebagai dewi dapur.



Masakan Achey menjadi sangat mudah apabila menggunakan produk daripada Tefal iaitu Rice Cooker (RK8055) apabila dia cuma perlu memasukkan segala ramuan dan menekan butang program yang telah disediakan.



Periuk Rice Cooker (RK8055) yang digunakan oleh Achey mempunyai bentuk bagi memastikan setiap masakan yang disediakan akan masak dengan sempurna.

RK8055 merupakan produk mudah untuk memasak dan memiliki 48 program masakan dengan mengunakan '3D Induction heating'.





Sementara itu, RK8055 juga mempunyai mempunyai saiz periuk sebesar 1.8 liter dan sesuai untuk memasak nasi, sup dan merebus makanan seperti daging serta ayam.

Selain itu Tefal juga mempunyai pelbagai peralatan dan barangan perkakasan masakan yang akan memudahkan segala proses masakan di rumah.



Resipi Memikat Isteri 2 dihoskan oleh Jihan Muse dan disiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 12.00 tengah hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya yang dijalankan oleh Tefal, anda boleh melayari laman web http://tefal.com.my/eventsandpromotions untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi istimewa yang dijalankan.