Selepas kereta pelakon Rozita Che Wan hilang beberapa hari lalu, pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam (Jumaat).

Furyna menerusi laman sosial Facebook dan Intagramnya, telah meminta jasa baik orang ramai membantu mencari kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dengan cara memviralkan beberapa keping foto kenderaan miliknya itu.

Menerusi entri yang dimuatnaik pengasas produk kecantikan tersebut, dia menyedari kehilangan kereta bernombor plat SS 234 itu kawasan pejabatnya yang terletak di Taman Mahkota Cheras, kira-kira jam 7.21 malam.



Terdahulu, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta kerugian RM300,000 selepas keretanya dilarikan dari tempat letak kereta di kediamannya sebuah kondominium di Subang Jaya.

BACA: CHE TA RUGI RM300,000, HILANG BEG TANGAN, KASUT BERJENAMA

Sementara itu pengikut di kedua-dua laman sosial Furyna menyatakan kebimbangan mereka kerana kedua-dua kes (Che Ta dan Furyna) kecurian melibatkan kereta jenis Vellfire berlaku dalam minggu yang sama.