Anggota Kumpulan Zero, Sharif mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh anggota bomba seluruh negara dalam menyelamat nyawa orang ramai.

Menurut Sharif, sebelum ini dia mempunyai cita-cita untuk bergelar anggota bomba kerana ingin berbakti kepada masyarakat.

"Kami bertiga sebenarnya mempunyai cita-cita yang sama untuk bergelar anggota bomba sejak kecil lagi.

"Saya sebenarnya kagum dengan anggota bomba ini kerana mereka boleh melakukan pelbagai perkara tidak kira malam ataupun siang.

"Mereka juga harus bersedia setiap waktu dan akan segera bergegas ke tempat kecemasan bagi memberi bantuan.

"Jadi bersempena dengan Ramadan ini kami bersyukur kerana diberi peluang untuk menghargai abang bomba dengan mengajak mereka berbuka puasa bersama-sama di Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya," ujarnya menerusi program Bas Ria Ramadan.

Bas Ria Ramadan merupakan sebuah program bual bicara secara santai dalam berkongsi kisah-kisah peribadi artis yang tidak diketahui oleh orang ramai sebelum ini.

Bas Ria istimewa bersempena Ramadan bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 11.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).



Bas Ria Ramadan ini dibawakan khas oleh KFC Bucket Kongsi dengan bertemakan “Indahnya Bila Berkongsi”.

Dapatkan KFC Bucket Kongsi hari ini dengan 9 ketul ayam, Crispy Tenders, Sos Keju Jalapeno, Air Mirinda dan kentang putar pada harga hanya daripada RM 47.10.

Ramadan ini KFC Malaysia juga menawarkan sensasi ayam rangup terbaharu, KFC Nacho Cheezy Crunch 'Ganas di luar, lembut di dalam'.

Hidangan masa terhad ini menyajikan sesuatu yang berbeza dengan kombinasi kerangupan nacho bersama Keju Jalapeno lazat yang pasti menambat hati penggemar ayam goreng.



KFC Nacho Cheezy Crunch boleh didapati di dalam kombo dua ketul dan tiga ketul ayam pada harga bermula RM14.05.

Setiap kombo didatangkan bersama sos Keju Jalapeno, hidangan sampingan KFC iaitu kentang putar dan coleslaw, serta minuman SJORA yang menyegarkan.

KFC Nacho Cheezy Crunch dan KFC Bucket Kongsi boleh didapati di restoran KFC seluruh Malaysia sekarang.