Pelakon Bollywood, Arjun Rampal mengakui bahawa telah berpisah dengan isterinya, Mehr Jesia yang merupakan seorang bekas ratu cantik India.

Menurut laporan Bollywoodlife, Arjun menjelaskan perpisahan yang terjadi di antara mereka merupakan keputusan bersama selepas berbincang.

"Setelah hampir 20 tahun berkahwin saya ingin mengesahkan bahawa perkahwinan kami sampai di sini sahaja.

"Hubungan kami akan kekal baik demi kebaikan anak-anak, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

"Kami rasa sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami membawa haluan masing-masing dengan mencari kehidupan sendiri selepas ini,"katanya.

Hasil perkahwinan selama 20 tahun, Arjun dan Mehr Jesia dikurniakan dua anak perempuan iaitu Myra, 16, dan Mahikaa, 13.

Laporan menyebut, pasangan ini sudah berusaha memperbaiki konflik rumah tangga mereka selama dua tahun kebelakangan. Namun ternyata perpisahan tetap menjadi jalan terbaik yang diambil oleh Arjun dan Mehr.

Sumber: Bollywoodlife

Susunan : Rozaimi Zubaidi