Pelakon Amyra Rosli enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi skandal video lucah yang membabitkan hero gandingan drama bersiri Nur, Syafiq Kyle.
Baca: Video Lucah Dijual RM20 Di Twitter, Peminat Minta Penjelasan Syafiq Kyle
Baca: Kontroversi Video: Anjur Sidang Media, Syafiq Kyle Akhirnya Buka Mulut
Kata Amyra, 26, dia berharap kes itu tidak dibangkitkan lagi kerana boleh membuka aib seseorang.
"Saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai isu tersebut kerana ia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi, saya faham pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.
"Apa yang boleh saya cakap, perkara lalu usah dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Amyra ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal 2018 Rangkaian Televisyen Media Prima di Hotel New World, Petaling Jaya baru-baru ini.
Amyra juga memberitahu pihak produksi Nur mempunyai grup WhatsApp namun tidak ada sesiapa yang menyentuh hal itu kerana menghormati Syafiq.
"Kami ada group WhatsApp tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.
"Saya sendiri pun tak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguris perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar," katanya.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila sepotong video seorang lelaki mirip Syafiq Kyle tampil berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seorang individu yang dikenali sebagai Mira.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aamyrarosli
Amri Hassan
Fri Jun 01 2018
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum