Penyanyi dan pelakon Izzue Islam terkejut apabila celana dalam jenis boxer yang dijualnya habis dalam tempoh tiga hari.

Kata Izzue, produk itu sekadar eksperimen untuk mencuba pasaran semasa dan tidak sesekali menjangkakan ia habis dijual dalam tempoh yang singkat.

"Saya minta maaf kepada mereka yang bertanya dan mahu membeli boxer jenama IzzuExclusive sebab semuanya telah habis terjual sebelum Ramadan lagi.

"Hanya 100 helai dikeluarkan untuk peringkat pertama ini dan saya tidak menjangka sebegini sambutannya.

"Mungkin produk ini akan diteruskan penjualannya tetapi dikurangkan dalam kuantiti lebih sedikit memandangkan ia produk bermusim.

"Jangan terkejut kalau saya katakan boxer yang saya jual bukan hanya dibeli kaum lelaki tetapi juga wanita yang mungkin ingin menghadiahkan kepada suami atau teman lelaki," katanya.

Izzue ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal 2018 Rangkaian Televisyen Media Prima di Hotel New World, Petaling Jaya baru-baru ini.

OMG! 5 designs of our limited stock boxer is currently sold out!!! ??Unbelievable support from you guys! Mmg kami keluarkan stock yang amat terhad untuk melihat sambutan terhadap produk terbaru kami.. will repeat the production soon guys! ?? #izzuexclusive

A post shared by I Z Z U E X C L U S I V E ®️ (@izzuexclusive) on


IzzuExclusive yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu turut menghasilkan produk lain antaranya kurta, kanta lekap dan pemerah bibir.

Dalam perkembangan lain, Izzue bakal muncul dengan telefilem Din Sardin untuk tayangan 9.30 pagi pada 1 Syawal ini di TV3.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @izzueislam