Penyanyi Indonesia, Mulan Jameela mengakui sudah bersedia untuk bertudung selepas pulang dari Palestin pada April lalu.

Menurut laporan WowKeren.com, Mulan mengakui selesa dengan imej bertudung dan akan kekalkan memakai tudung walaupun bulan Ramadan sudah berlalu nanti.

"Saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya tiga hari sebelum kedatangan Ramadan.

"Mungkin sebelum ini saya mempunyai banyak baju ketat dan seksi.

"Rasanya selepas ini saya tidak akan memakai lagi baju tersebut dan rakan saya menyuruh saya melelongkan baju-baju tersebut," katanya.

Ternyata keputusan Mulan untuk bertudung mendapat reaksi postif daripada peminatnya dan mereka mendoakan agar dia terus istiqamah dalam melakukan perubahan.

Sumber: WowKeren.com

Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi