Penampilan penyanyi Ezlynn, 37, di laman Instagram miliknya mengundang tanda tanya apabila wanita itu memuat naik foto dirinya berhijab semenjak kehadiran bulan Ramadan.

Bertemu dengan pemilik nama penuh Azline Ariffin ini, pelantun lagu Bersamamu ini mengakui dirinya masih belum berhijab sepenuhnya.

"Saya masih belum berhijab lagi secara sepenuhnya. Ketika ini, saya berhijab kerana menghormati serta mengambil keberkatan bulan Ramadan.

"Penampilan sebegini juga memudahkan saya untuk terus menghadiri aktiviti Tadarus Al-Quran yang saya sertai setiap malam bersama ibu.

"Saya memohon doa yang baik-baik dari peminat, Insya-Allah. Saya mahu berhijab dengan ikhlas kerana Allah," kata Ezlynn.

#mochascarf Nite2 Everyone..❤️ Love this hijab style.. I think I wear it wrongly but it’s beautiful like this .. hehe maafin Saya @mocha_fashion.my , I want more colour !! Anyway thanks for this scarf.

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on

Mama kite .. kite cayang sangat mama kite.. kite ngan Mama kite sangat sama hati dan cara muka je lain.. kite ikut abah kite.. ??❤️

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on


Bercerita mengenai aktiviti Tadarus Al-Quran yang disertainya bersama ibu tercinta, Ezlynn mahu mengisi kekosongan.

"Daripada melakukan perkara yang bukan-bukan di bulan yang mulia ini, baik saya lakukan aktiviti sebegini untuk mengisi kekosongan.

"Kalau boleh, saya mahu elak daripada melakukan perkara yang sia-sia. Lebih baik saya mencari dan mempelajari agama kita yang pernuh dengan keindahan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kesihatan Limeshots baru-baru ini.



Selain Ezlynn, selebriti lain yang turut hadir ke acara tersebut ialah Datin Alyah, Riz Amin, Fynn Jamal, Ikhwan dan pengasas produk kesihatan Lime Shots, Datin Yulia Rosalina Yusop.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ezlynn