Pelakon dan penyanyi Betty Rahmad seronok menyambut kehadiran bulan Ramadan pertama bersama suami, Adry Damis.

Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, Betty mendedahkan suaminya tidak banyak songeh atau cerewet terutama dalam soal makan.

"Ini tahun pertama saya bergelar isteri dan masa saya dibahagikan untuk bisnes dan menjaga makan pakai suami saya.

"Mujur saya dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami, tak banyak songeh, tak cerewet dan tak mengongkong.

"Saya bertuah juga kerana dia juga banyak memudahkan urusan saya dan sangat simple. Setiap hari biasanya saya hanya akan memasak satu lauk sahaja untuk juadah berbuka.

"Misalnya ayam masak lemak, nasi dan sayur. Kalau telur dan nasi pun dia okey sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Betty ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran aplikasi permainan Mak Cun's Adventures di Subak Restoran, Damansara baru-baru ini.

Betty juga tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat.

"Anytime sahaja! Saya tidak ada perancangan, kalau dapat saya syukur.

"Memandangkan saya pun sering menjadi baby sitter anak-anak buah, jadi saya sangat sukakan budak-budak," tambah Betty.

Betty dan Ardy telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 selepas empat tahun berkenalan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @bettyrahmad