Sebaik kaki melangkah masuk ke Cloves Restaurant & Café, Suudu tertarik melihat hiasan dalaman dan konsep yang diketengahkan oleh pemilik restoran ini.

Bagi Suudu hiasan dalaman yang menarik merupakan bonus kepada setiap pemilik restoran kerana ia akan menarik lebih ramai pengunjung secara automatik.

Tanpa membuang masa, Suudu meminta pandangan pemilik Cloves Restaurant & Café, Azuan, tentang menu yang paling digemari pengunjung untuk dibawa kepada kami.

Menurut Azuan, Cloves Restaurant & Café mempunyai dua pilihan masakan iaitu tempatan dan barat.

Azuan mencadangkan Suudu empat menu yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung iaitu Mee Bandung, Fried Salmon, Aglio Olio, dan Rusuk Lembu.

Tidak rugi Suudu memesan Fried Salmon dan Aglio Olio kerana hidangan ini mempunyai rasa yang cukup sempurna untuk membuat pengunjung jatuh cinta.

Rusuk Lembu, aromanya sahaja sudah cukup membuatkan Suudu teruja sehingga terpaksa menelan liur beberapa kali.

Perapan pada rusuk ditambah pula dengan sos istimewa Cloves Restaurant & Café tidak membuang masa Suudu untuk menghabiskannya. Superb!

#Suudu