Aksi tiga pelawak, Tauke Jambu bersama Johan dan isterinya, Ozlynn berjenaka dengan jongkong emas dan timbunan duit di dalam sebuah rumah membuatkan netizen terhibur dengan persembahan lawak spontan mereka.

Merujuk satu video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial @taukejambu di Instagram, Tauke seolah meminta duit daripada seorang hartawan yang hanya mahu dikenali sebagai Karim.

Tauke menerima satu pek duit sebelum mendapat satu jongkong emas daripada hartawan tersebut yang sebelum itu memberikan satu pek duit kepada pemandu.

Karim sempat bergurau, dia bermurah hati memberikan harta kekayaannya pada orang lain meskipun belum bergelar Tan Sri atau Datuk Seri.

Aksi lawak Johan dan Tauke membuatkan Ozlynn sendiri tidak dapat menahan ketawa sehingga terpaksa tutup muka.

#alhamdullilah rezeki bulan puasa jmpa karim bagi duit belanja tu lom dato lom apa tu.. murah rezeki @jozlynnhanania ???#throwback #shooting #taubuatraya @jwhsdnbhd @taukejambu2

A post shared by Tauke Jambu officials (@taukejambu) on


Netizen di media sosial yang memberi komen juga terhibur dengan jenaka itu.

"Duit betul ke photostate tu bang," komen salah seorang netizen yang dikenali sebagai @zizan.azizush.

Kata @aainlahjambuofficial pula, "Cantik baju tu abg @taukejambu".

Ada netizen berpandangan jenaka tiga pelawak itu seperti parodi kepada isu semasa yang berlaku ketika ini membabitkan siasatan ke atas kekayaan bekas pemimpin negara.

Teks oleh: Elrafaei Sapi