"Saya perlu nampak cantik agar rakyat miskin melihat saya sebagai bintang mereka," itu kenyataan yang pernah dilafazkan bekas First Lady Filipina, Imelda Marcos.

Bertopengkan status First Lady, Imelda menggunakan duit rakyat Filipina selama lebih 20 tahun untuk bermewah-mewah dan berbelanja sakan.



Sikap tamak dan boros isteri Presiden Filipina itu memaksa rakyat mengggulingkan pentadbiran suaminya, Ferdinan Marcos pada 1986.

Hidup senang atas kesusahan orang lain, Imelda disamakan dengan beberapa First Lady dunia lain seperti Marie Antoinette, Maureen Mcdonnel, Asma Al Assad dan Gucci Grace Mugabe.

Kami senaraikan perkara menarik yang ramai tidak tahu tentang Imelda Marcos.

1. 3,000 pasang kasut

Revolusi rakyat EDSA memaksa Imelda sekeluarga dihalau dari kediamannya, Macalanan Palace.

Pembongkaran kediaman itu menjumpai lebih 3,000 pasang kasut milik Imelda!

Namun Imelda mengaku hanya memiliki 1,060 daripada jumlah itu.

Sebahagian daripada kasut itu kini dipamerkan di Shoe Museum di Marikini, Metro Manila.

Marikina Footwear Museum exhibits a variety of shoe collection owned by famous personalities like former presidents, incumbent leaders and celebrities. Imelda Marcos' extensive shoe collection occupies most the museum's small airconditioned space. #imeldific . . . #travel #travelph #traveller #travelblog #travelphoto #travelblogger #travelphotography #traveldiary #traveljournal #marikina #museum #footwearmuseum #pinoy #philippines #exploreph #pinas #pilipinas #walkingtour #ayaminamino #marcos #imeldamarcos

A post shared by Anna Clarissa (@aya_minamino) on




Antara jenama kasut yang dipamerkan ialah Ferragamo, Givenchy, Chanel dan Christian Dior bersaiz 8 1/2 inci.

2. Berlian merah jambu RM21.16 juta

Imelda memiliki koleksi berlian merah jambu bernilai RM21.16 juta.



Malah, ada beberapa barangan kemas berjenama mewah Cartier turut dirakamkan dalam beberapa potret miliknya.

Selain itu, Imelda memiliki gelang tangan Bvlgari dengan tanda harga $1 juta dolar.

#imeldamarcos #philippinepolitics #philippines #firstlady #profile #1960s #politics #blackandwhite #nationalistaparty #kilusangbagonglipunan #kblparty

A post shared by Imelda R. Marcos' Archives (@imeldaromualdez) on




3. Lukisan Michelangelo RM13.9 juta

Imelda pernah menghabiskan RM159,000 ketika membeli-belah di Honolulu pada tahun 1974.

Malah, Imelda pernah membeli lukisan Michelangelo bernilai RM13.9 juta di Rom, Itali.

Pada tahun 1983, Imelda menghabiskan RM19 juta untuk membeli-belah di Eropah.

Imelda pernah menghantar sebuah pesawat ke Australia semata-mata untuk mengutip pasir putih dari pesisir pantai sana dan dibawa ke resort barunya di Filipina.

Pelbagai resit barangan mewah ditemui di kediamannya pada tahun 1978. Antaranya resit RM5.6 juta dari butik Bvlgari di New York.

4. Haute-couture

Memiliki ketinggian 5 kaki 7 inci, figura Imelda amat sinonim dengan dunia fesyen.

Difahamkan, Imelda memiliki lebih 1,500 beg tangan, 1,200 gaun pereka fesyen dan 35 buah almari yang mengisi kot berbulu.

Setiap kali melancong, Imelda akan mengarahkan entourage menyediakan antara 10 hingga 17 gaun dan beliau hanya akan memilih hanya satu.

Kakitangannya yang lain akan menyediakan pelbagai aksesori, beg dan kelengkapan lain mengikut gaun yang dipilih.




5. Akaun bank

Imelda memiliki akaun bank di Switzerland dengan nilai wang tunai RM1.5 bilion.

Sekitar tahun 1970-an, Imelda pernah menerima rasuah dan melakukan penyelewengan wang berjumlah RM1.3 bilion.

Data Transparency International memaklumkan suami Imelda, Ferdinand telah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya 10 bilion dolar (RM450 bilion).

Selepas penangkapannya, antara aset yang disita ialah koleksi barang kemas bernilai 1 bilion peso (RM75.8 juta).

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Al-Jazeera, Culture Trip, Filipiknow, Utusan Malaysia, Remaja, Facebook
Foto: Carian Google