Penyanyi popular, Yasin Sulaiman memberi cadangan pada Menteri Pendidikan yang baru iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang juga Perdana Menteri agar mengkaji silibus sejarah di negara ini.

Merujuk statusnya di akaun Instagramnya, Yasin berpandangan mata pelajaran seperti Sejarah termasuk subjek lain yang diajar di sekolah ketika ini perlu diberi perhatian dalam usaha mengatasi masalah membabitkan belia tempatan.

"Minta dikaji balik silibus mata pelajaran tertentu seperti sejarah dan lain-lain yang sedikit sebanyak menyumbang kepada gejala ramai belia & anak muda yang bebal & kurang maruah diri," katanya.

Yasin antara selebriti yang lantang dalam menyokong perjuangan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sering berkongsi pandanganya menerusi media sosial.

Status terkininya itu turut menarik perhatian netizen yang bersetuju masalah belia dapat diatasi daripada peringkat kerajaan.

Malah, segelintir juga memberi komen Tun M adalah pemimpin yang layak yang melakukan perubahan tersebut.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @yasinsulaiman