Selepas tarikh pengundian awal yang berlaku pada 5 Mei lalu dan tempoh berkempen 11 hari yang bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam tadi (8 Mei) tamat, hari ini (9 Mei) merupakan hari untuk rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

9 Mei telah diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negara bersempena dengan hari pengundian bagi membolehkan rakyat Malaysia melaksanakan hak mereka untuk mengundi.

Seramai 14,940,624 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan sehingga suku keempat 2017.

Daripada jumlah tersebut, 14,637,716 orang merupakan pemilih biasa, 300,255 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi dengan penuh berhemah dan ikuti semua peraturan mudah yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Jangan lupa untuk membawa Kad Pengenalan dan mengenakan pakaian sopan yang tidak mencolok mata.

Dilarang untuk memakai pakaian atau kelengkapan yang memaparkan nama calon, simbol parti politik atau logo semasa berada di bilik pengundian.

Dapatkan perkembangan serta informasi lengkap dan terkini mengenai PRU14 menerusi #MalaysiaMemilih.

Jangan lupa untuk menonton Astro Awani saluran 501, Astro Awani Live TV di www.astroawani.com/live-tv atau kunjungi laman web www.malaysiamemilih.com untuk informasi lengkap mengenai PRU14.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Astro Awani / Malaysia Memilih