Pelakon drama bersiri korea, Goblin, Lee El mengakui hidupnya semakin susah sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Menerusi laporan Koreaboo, Lee El mengakui dia pernah tidak mempunyai wang untuk membeli makanan seharian dan hanya meminum teh bagi mengisi perutnya.

"Drama lakonan pertama saya ialah Good Job pada 2009 dan selepas itu saya tidak mendapat sebarang tawaran lakonan lagi.

"Mungkin ramai yang ingat bergelar pelakon adalah mudah dan mempunyai banyak wang.

"Malah enam tahun pertama terlibat dalam bidang seni saya sering kesempitan wang dan mula terfikir untuk melakukan pembedahan plastik kerana sukar mendapat tawaran akibat rupa tidak menarik.

"Perkara itu membuatkan saya tertekan dan dalam masa yang sama saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan," katanya.

Tambah Lee El, hidupnya kini semakin berubah dan perkara itu membuatkan dirinya semakin kuat untuk terus berusaha memajukan dirinya dalam bidang lakonan.

Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Koreaboo