Penyanyi Akim Ahmad kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia malam tadi.

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu memaklumkan berita tersebut menerusi satu status yang dimuat naik di Instagram akaunnya.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin.

"Ibu tenang ye kat sana, insha Allah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye," katanya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin. Ibu tenang ye kat sana, inshaAllah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye...

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on

Dalam entri itu, rakan artis dan peminat turut mengucapkan takziah pada Akim sekeluarga serta Stacy.

Kelmarin, Akim memuat naik status di IG memohon peminatnya mendoakan kesihatan ibunya, Aminah Bahari.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @akimahmad