Pelakon komedi, Sabri Yunus yang cukup popular dengan telefilem Pok Ya Cong Codei pernah melalui kisah menarik bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.
Ceritanya, ketika membesar di awal tahun 1970-an, dia berdepan masalah gunting rambut meskipun bapanya seorang tukang gunting rambut.
"Kami hidup susah ketika itu tapi anak-anak memahami kesusahan ayah. Ketika nak sambut Aidilfitri, memang ramai yang datang nak gunting rambut," katanya kepada Astro Gempak.
Sambungnya, walaupun bapa tukang gunting rambut tapi anak-anak susah nak potong rambut apabila ada pelanggan lain datang.
"Hari pertama tak dapat, begitu juga hari kedua menjelang malam raya pun masih tak dapat gunting rambut.
"Ayah kata gunting pada malam raya tapi ketika itu dia nak keluar beli kasut raya. Jadi, kami anak-anak tunggu ayah balik sebab risau tak mau ayah beli kasut dengan baju yang sama," katanya.
Bagaimanapun, dia pakai baju sekolah pada pagi raya kerana Aidilfitri pada masa itu berlaku pada hujung tahun sebelum persekolahan baru bermula.
"Ayah tak mampu beli 2 pakaian sekaligus. Kalau beli baju raya tak dapat pergi sekolah.
"Walaupun dia jumpa kawan pakai baju sekolah tapi pakaian bukan soal utama sebaliknya nak pergi beraya dapat duit raya dan beli pistol mainan," katanya.
Ujarnya, kisah benar pengalaman zaman kanak-kanaknya ini dikongsi menerusi telefilem terbaru, Cerita Raya Sabri Yunus terbitan Arie Zaharie Production yang akan ditayangkan di Astro Ceria.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Arie Zaharie Production
Elrafaei Sapi
Fri May 04 2018
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum