Selesai majlis pernikahan, sebuah majlis resepsi diadakan untuk meraikan merpati dua sejoli.
Menariknya, pengantin baru ini sepakat memilik busana rona hitam untuk digayakan di majlis persandingan.
Menerusi kemas kini laman Instagram Rody dan Niena, peminat gemar melihat foto-foto menarik sekitar majlis terbabit.
Lari dari kebiasaan, ramai peminat memuji keserasian mereka dalam busana hitam.
Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baru untuk Rody dan Niena.
BACA: Dengan Sekali Lafaz, Penjaga Gol Sah Milik Rody Kristal
Pasangan ini berkenalan selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Sebelum ini, Rody melamar Niena hanya melalui akaun Instagram sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram ROdy, Niena & @lvp.co