Penyampai radio popular, Halim Othman mengakui tiada seorang penyampai radio generasi baru ketika ini yang mempunyai elemen unik.

Jelasnya, dia belum lagi berasakan untuk dirinya bangun pagi mendengar celoteh penyampai generasi baru.

"Belum sampai tahap itu seperti mana saya mahu mendengar Datuk Rahim Razali membuat ulasan," katanya kepada Astro Gempak.

Baginya, elemen unik bermaksud seseorang itu sangat petah dalam bahasa yang digunakan dan menyampaikannya dengan cara tersendiri.

"Dulu saya duduk di Terengganu dan apabila saya dengar orang lain cakap bahasa Malaysia macam best gila. Saya tengok orang luar macam 'alien' tapi selepas itu saya sedar orang cakap bahasa luar ini sama saja," katanya.

Halim menasihatkan penyampai radio baru agar mempunyai keunikkan dari aspek bahasa yang disampaikan dengan cara masing-masing.

Ketika ini, Halim mengakui kehidupan mengajar di kelas 'public speaking' bersama YouGo Training yang dikendalikannya lebih memberi kepuasan berbanding di radio.

Ujarnya, kepuasan yang diraih ketika berkongsi ilmu dengan orang lain adalah suatu yang berbeza ketika berada dalam konti.

"Saya perlu fokus lebih mendalam apa yang mahu diajar pada peserta. Apabila saya mengajar sebenarnya saya lebih faham perjalanan hidup diri sendiri," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak