Penyanyi Nita Hamzah, sah menjadi isteri kepada Mohd Fareez Shamsul Bahari dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh adik Nita dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.

Menerusi perkongsian video di Instagram, (IG) Nita berkongsi suasana sepanjang majlis yang berlangsung semasa akad nikah dilakukan.

Majlis tersebut dihahadiri oleh ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan-rakan rapat pengantin.

Nita yang juga pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan Fareez berkenalan sejak empat tahun lalu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

Sebelum ini pasangan tersebut dilaporkan akan melangsungkan pernikahan pada bulan Februari tahun ini namun memilih untuk menundakan majlis tersebut disebabkan mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram