Pelakon Bollywood yang kini sedang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra menafikan bahawa dirinya akan bergelar pengapit kepada rakan baiknya iaitu Meghan Markle.

Menerusi laporan People.com, Priyanka Chopra mengakui gembira dengan rakan baiknya itu yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

"Saya gembira untuk Meghan kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi dan menjadi isteri kepada Putera Harry.

"Namun saya ingin sahkan bahawa diri saya tidak terlibat dalam persiapan perkahwinan Meghan ataupun bergelar pengapit kepada bakal puteri itu nanti.

"Meghan sememangnya layak untuk bergelar seorang puteri kerana sikapnya yang baik dan mampu untuk menjadi ikon wanita di seluruh dunia.

"Dia juga merupakan seorang wanita yang selalu mengambil berat mengenai isu semasa yang berlaku di seluruh dunia dan saya ingin mengucapkan tahniah kerana dia bakal berkahwin," katanya.

Menurut laporan luar negara, Meghan Markle akan berkahwin dengan Putera Harry pada 19 Mei ini di Gereja St George, Windsor Castle, United Kingdom.

Sumber: People.com

Olahan: Rozaimi