Isteri kepada vokalis kumpulan Spider, Tam, Aida Mustafa selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, Aida selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Khamis lalu menerusi pembedahan.

"Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.

"Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga. Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.

"Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24, Afiq, 8, Aqil, 5, dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur," katanya.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45, sebelum ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Dan impian itu telah pun dimakbulkan. Tahniah untuk Tam dan Aida.

Tam dan Aida berkahwin pada 8 November 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Afiq, 8, dan Muhammad Aqil, 5.

Menerusi perkahwinan pertama Tam pula, dia kurniakan anak lelaki, Muhd Aliff yang kini berusia 24 tahun.

Sumber: Sinar Harian
Foto: Instagram