Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kensington Palace pada pagi Jumaat (semalam), "The Duke dan Duchess of Cambridge telah mengumumkan nama ketiga Putera William.

"Bayi itu akan dikenali sebagai Putera Louis of Chambridge." tulisnya.

Isteri Putera William, Catherine telah selamat melahirkan anak ketiga mereka sekitar jam 11.01 pagi waktu tempatan pada Isnin lalu.

Kelahiran bayi ketiga pasangan diraja itu juga sangat dinantikan warga Britain sehingga ada yang fanatik dan sanggup sanggup bermalam di pekarangan Hospital Saint Mary’s di London selama 13 hari tanpa jemu.

Bayi itu nanti akan berada di tempat kelima dalam senarai perwarisan takhta diraja Britain, di belakang datuknya Putera Charles, bapanya Putera William, serta abang dan kakaknya Putera George dan Puteri Charlotte.

Ini sekali gus meletakkan bapa saudaranya Putera Harry di tempat keenam.

Sumber: Los Angeles Times.com

Olahan Oleh: Rozaimi