Pelakon cantik Rozita Che Wan menafikan dia mempunyai sebarang masalah dengan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain atau Kak Zai.

Nama Zaihani menjadi sebutan ramai gara-gara kritikannya terhadap insan bertubuh besar.

BACA: "Kalau Berat Lebih 60kg Tak Payah Datang Fashion Show, Paha Melimpah Kiri Kanan" - Pengulas Fesyen Kritik Tetamu Berbadan Besar?

BACA: "Itu Keluhan Saya, Bukan Body Shaming Sesiapa" - Zaihani Zain

BACA: Isu Body Shaming Zaihani: Datuk Rizalman Buka Mulut, Jadi Perhatian Media Antarabangsa

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta memuat naik sebuah entri di laman Instagram menempelak tindakan Kak Zai yang memetik namanya dalam sebuah komen.

BACA: Tak Habis Lagi, Pengurus Che Ta Pula Terheret Dalam Isu Body Shaming Zaihani

"Saya tak bergaduh atau mempunyai sebarang dendam dengan Kak Zai. Sebelum ini kami tiada masalah. Saya memang mengenalinya dan pernah bertegur sapa dengan Kak Zai di acara fesyen lain.

"Tetapi, saya memuat naik entri tersebut kerana dia telah terlebih dahulu memetik nama saya. Bila dia sebut nama dia, sebab itu saya berikan komen balas.

"Tindakan dia yang memetik nama saya dan pengurus dalam komen tersebut adalah tidak elok dan komennya juga berbaur negatif apabila dia menghasut pereka fesyen lain memboikot saya," katanya ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 semalam.

Enggan memanjangkan lagi perkara terbabit, Che Ta menganggap perkara tersebut telah selesai.

"Apa yang dia buat tidak patut. Dia tidak seharusnya mengkritik individu bertubuh besar serta tak patut memetik nama saya dan pengurus selepas dia memohon maaf.

BACA: "Saya Minta Maaf" - Zaihani Zain

"Apabila saya membalas perkara tersebut, saya malas nak memanjangkannya dan menganggap perkara terbabit terhenti di situ sahaja.

"Saya tidak berdendam dengan Kak Zai dan selepas ini, saya okay sahaja dengan dia," katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Kak Marr ini kesal dengan Kak Zai yang membuat tuduhan terhadap pengurusnya, Afeeq Abd Wahab.

Pengkritik fesyen itu mendakwa Afeeq menjadi punca dan penyebar status yang dimuat naik Kak Zai di laman Facebook peribadinya.

Menerusi entri terbabit, Zaihani meminta rakannya supaya tidak memberikan kebenaran untuk pengurus Che Ta membuat pinjaman busana bagi artis di bawah pengurusan LOL Entertainment.

Manakala, kredibiliti Zaihani sebagai pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen tidak perlu disangkal lagi.

Malah, Zaihani juga dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Che Ta