Biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka semalam, isu kenyataan 'body shaming' Zaihani Mohd Zain masih menjadi perhatian umum.

Baca: "Saya Minta Maaf" - Zaihani Zain

Bukan hanya netizen tempatan bahkan isu ini menarik perhatian media antarabangsa.

Buktinya, isu ini turut terpampang di beberapa buah media antarabangsa popular seperti The Telegraph, Grazia dan Independent.

Masih mengulas isu sama, portal-portal terbabit turut menyiarkan kenyataan balas beberapa pereka fesyen tempatan antaranya Tom Abang Saufi dan Calvin Thoo.

Terbaharu, isu itu menarik perhatian pereka fesyen tersohor tempatan, Datuk Rizalman Ibrahim.

Rizalman menerusi kenyataannya di Instagram mendedahkan sikap sebenar Zaihani yang ramai tidak kenali.

"Beliau sentiasa menjinjing beg telekungnya ke mana-mana dan sentiasa menghadiri pertunjukan fesyen bermula dengan menanti di dalam surau berdekatan supaya tidak terlepas mana-mana waktu solat.

"Hubungan beliau dengan Allah sungguh ditepati jika dibandingkan dengan kita yang agak bertoleransi dengan isu sedemikian," tulis Rizalman.

Baca dan masokkan dalam otak, hati dan simpan dalam iman. #gorengbawangjangansampaihangit

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Juri program pencarian bakat pereka fesyen tempatan Gen F itu juga menyelar tindakan segelintir pengguna media sosial yang terlalu cepat menghukum dan mencanang keburukan orang lain.

Sejak Isnin lalu tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan 'menasihati' individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Baca: "Kalau Berat Lebih 60kg Tak Payah Datang Fashion Show, Paha Melimpah Kiri Kanan" - Pengulas Fesyen Kritik Tetamu Berbadan Besar?

Isu itu mendapat perhatian umum dan telah mengguris banyak hati terutama individu berbadan besar.

Malah, kontroversi itu menarik perhatian beberapa selebriti dan pereka fesyen tempatan untuk meluahkan pandangan tersendiri.

Baca: Kenyataan 'Body Shaming' Pengkritik Fesyen, Selebriti 'Comel' Tampil Bersuara

Baca: "Orang Berbadan Besarlah Our Biggest Buyer" - Pereka Fesyen Serang Kenyataan Zaihani

Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rizalman71, @zaihanimzain