Menerusi entri di Instagram (IG), Hafiz berkongsi beberapa keping gambar ketika bersama rakan-rakannya ketika berada di dalam masjid.
"Assalamualaikum. Iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikram dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
"Bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.. #balanceduniaakhirat #kejarakhiratduniakejarkitatapikejarduniaakhirattinggalkita #bukakanhatiseluasluaslautan," tulisnya.
Rata-rata peminat kagum dengan perubahan yang dilakukan oleh Hafiz dan mereka berharap dia istiqamah dalam melakukan perubahan dalam hidup.
"@apiskalid: Moga kita sama-sama istiqamah dalam usaha agama Hafiz! Inshaallah."
"@hjhrajaradziah: Alhamdulillah bangganya aunty tengok. Barakallah semoga dilimpahkan rezeki sentiasa dalam rahmat dan berkat hidup dunia akhirat."
"@lsmisc2013: Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang banyak pada kita di dunia & di akhirat. Amin."
"@yatqieszaine: Subhanallah hidayah dari Allah moga jadi asbab kebaikan seluruh Alam. Tahniah hafiz, bukan semua orang boleh buat ni."
"@nizam_zainal: Allahuma Aamin. Hidayat Allah. Hebat kamu Hafiz MasyaAllah semohga terus memberi inspirasi kepada semua."
Teks Oleh Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Hafiz Suip