Isu berat badan dan body shaming menarik perhatian pereka fesyen tempatan Rico Rinaldi, Tom Abang Saufi dan Adila Long untuk bersuara.

Selaku pengeluar produk pakaian, penganjur sesebuah pertunjukan fesyen dan teman rapat kepada figura yang sedang tular, Zaihani Mohd Zain, timbul kekesalan berhubung status Facebook yang sedang viral itu.

"Kenyataan yang diberikan bersifat tidak masuk akal memandangkan ramai pengkritik dan penulis fesyen juga terdiri daripada individu yang berbadan besar. Misalnya Suzy Menkes.

"Mereka perlu diundang ke pertunjukan fesyen, jadi bentuk badan bukan menjadi ukuran!

"Malah sebenarnya yang mahu dilihat adalah baju-baju yang diperagakan, walaupun baju-baju itu bersaiz model tetapi sebenarnya our (designers) biggest buyer adalah mereka yang berbadan besar kerana merekalah yang akan membeli terus dari pereka sebab susah nak cari baju," kata Rico Rinaldi kepada Astro Gempak.

Baru mengadakan pertunjukan fesyen sendiri untuk mempertontonkan koleksi terbaharu Summeraya 2018, Rico mengakui kebayakan tetamunya terdiri daripada individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram.

"Mana-mana pertunjukan fesyen akan sediakan kerusi sama saiz, adab tetamu adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka.

"Kalau tidak selesa kita perlu bijak dan menegur secara baik tanpa menyinggung perasaan orang sebelah kita.

"Fesyen untuk semua, tua, muda, kurus, gemuk, pendek dan tinggi," tambah Rico.

Tindakan Zaihani kata Rico bukan hanya mengundang kritikan individu berbadan besar malah mengguris hati semua orang.

"Sepatutnya beliau perlu meminta maaf secara terbuka agar isu ini tidak berlarutan.

"Kadang-kadang memang khilaf kita memuatnaik status tetapi jika perkara menjadi serius sebegini eloklah meminta maaf.

"Sebagai kenalan rapat dengan beliau, saya amat kecewa dengan kenyataannya kerana kredibilitinya dalam industri fesyen amat disanjung tinggi," kata Rico lagi.

Selain Rico, kekesalan turut dikongsikan oleh pereka fesyen terkenal Tom Abang Saufi dan Adila Long.

Menurut Tom Saufi, dia sudah beberapa tahun kembara dunia dan menghadiri pertunjukan fesyen tetapi tidak pernah mendengar berat badan seseorang sebagai isu besar. Malah nama-nama ternama dalam dunia fesyen juga tiada masalah untuk duduk disebelah individu bersaiz besar.

A designer i admire from jakarta ..our pics in.our younger designing days 1985..and quite recent in our early 60s n( grandmothers ) in.paris with Hermes brothers ..we both hv journeyed all over the world for our work or pleasure n always true to our countries heritage .. hv been many kilos different and done n attended many shows globally but nvr has weight been an issue..but we always hv passion in our craft and chosen career ..@gheapanggabeanprivate @jannasoekasah.joesoef @imanlough

A post shared by tom abang saufi (@itstomsaufi12) on

Front row HEAVY WEIGHTS... fashion royalty...sizes and weight ..NO ISSUE..I love SUZY MENKE ,ANDRE LEON TALLEY and ANNA WINTOUR has no issues with sitting next to them ...@zaitonfuad @zetyanuar

A post shared by tom abang saufi (@itstomsaufi12) on


Bagi Adila pula, kenyataan Zaihani disifatkannya tidak bertamadun.



Kelmarin tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan 'menasihati' individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Baca: "Kalau Berat Lebih 60kg Tak Payah Datang Fashion Show, Paha Melimpah Kiri Kanan" - Pengulas Fesyen Kritik Tetamu Berbadan Besar?

Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ricorinaldi, @tomabangsaufi