Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui sukar untuk menjalinkan hubungan cinta disebabkan sibuk dengan kerjaya.

Menurut Sherry, dia harus meletakkan soal cinta ke tepi untuk memberi fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Kali terakhir saya menjalinkan hubungan cinta kira-kira lapan tahun yang lalu.

"Selepas itu fokus utama saya adalah pada kerjaya kerana bagi saya bukan mudah untuk masuk industri seni.

"Saya bersusah-payah untuk meletakkan diri pada tahap sekarang dan disebabkan itu saya sampai tak ada masa nak fikirkan mengenai soal cinta.

"Selain kerjaya, masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga dan mungkin disebabkan sudah terbiasa degan keadaan begini sehingga tak harapkan lelaki," katanya kepada Astro Gempak.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminat di Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Sherry mengakui dirinya sibuk menjalani penggambaran untuk program temu bualnya, The Sherry Show & Friends untuk slot hari raya.

Teks Oleh: Rozaimi

Foto: Instagram Sherry Alhadad