Usawahan kosmetik yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan tujuan asalnya membuka akaun laman sosial Instagram adalah untuk memantau aktiviti suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Shahida membuat pendedahan tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya,
@shahidadherbs.

terima kasih semua yg sudi follow saya...dah 1 juta followers rasa mcm x percaya sbb mula2 buat ig ni nak stalk @aliffsyukriterlajaklaris je?

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Menerusi entri tersebut, Shahida berterima kasih kepada semua pengguna laman Instagram yang mengikutinya sehingga jumlah 'followers' mencecah angka satu juta.

"Terima kasih semua yang sudi follow saya. Dah satu juta followers rasa macam tak percaya sebab mula-mula buat Instagram ni nak stalk @aliffsyukriterlajaklaris je," tulis Shahida.

Sementara itu, Aliff turut menyakat isterinya menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.

wow 1 mil penyokong di ig isteri saya @shahidadherbs tahniah...wlpn u hanya buat utk stalk i dan jenuh paksa utk buat update pic dan vedio.. ni akhirnya u ada 1m followes ..mcm artiss sgt ???hahah

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Wow satu juta penyokong di Instagram isteri saya @shahidadherbs. Tahniah walaupun you hanya buat untuk stalk I dan jenuh paksa untuk buat update foto dan video. Ni akhirnya you ada satu juta followers. Macam artis sangat hahaha," tulis Aliff.

Aliff yang merupakan pelakon utama filem Badang kini mempunyai 2.5 juta pengikut di laman Instagram.

Teks oleh: Kamaruddin Razal