Selepas berjaya melakar nama dalam senarai 'World's Most Admired 2018' menerusi kategori negara Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berseloroh mahu pencen.

I’m more admired then @davidbeckham . I can retire now. Hahahahhahaha. Off on a holiday now. First one for a very very long time.

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on


Beliau yang berjaya menduduki tangga keempat dengan 7.7 peratus senarai tersebut telah 'mencaras' nama selebriti terkenal, David Beckham yang berada di tangga kesembilan dengan catatan 4.4 peratus.

Menerusi entri tebaharunya di Instagram, Fernandes juga berkata kini sedang 'bercuti' selepas sekian lama tidak bercuti.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh YouGov, sebuah organisasi pengundian di United Kingdom yang telah menjalankan kaji selidik di 35 negara dan disertai lebih 35,000 responden bagi tahun ini.

Keputusan yang dicatatkan berdasarkan kombinasi jawapan menerusi dua soalan – sama ada responden kagumi nama-nama besar ini, dan adakah nama-nama besar ini merupakan orang yang paling mereka kagumi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menduduki tangga pertama dengan 15 peratus untuk kategori lelaki di negara ini.

Pengasas Microsoft, Bill Gates, mencatat 8.3 peratus di tangga kedua dan Jackie Chan di tangga ketiga dengan 7.7 peratus.

Bagi kategori wanita pula, penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menduduki tangga pertama dengan 14.1 peratus dan di tempat kedua, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dengan catatan 10.1 peratus manakala pelakon dan usahawan Neelofa di tangga ketiga dengan 7.4 peratus.

Siti menerusi entri di Instagramnya turut berseloroh ingin pencen dan bercuti seperti Fernandes tetapi perlu habiskan waktu berpantang terlebih dahulu.

What about me Brother @tonyfernandes ? Can i retire too? ..when the guy on the top at 93 is still working & ridding ???.. #ineedholidaytoo #habiskanpantangdulu ? #Repost @tonyfernandes ・・・ I’m more admired then @davidbeckham . I can retire now. Hahahahhahaha. Off on a holiday now. First one for a very very long time.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Bagi kategori antarabangsa pula, Gates dan aktres serta Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Angelina Jolie berjaya kekalkan kedudukan mereka di tangga pertama dalam kategori lelaki dan perempuan.

Bagi kategori lelaki, Gates mencatat 9.9 peratus di tangga pertama, bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di tangga kedua dengan 9.7 peratus dan Jackie Chan di tangga ketiga denga 5.5 peratus.

Bagi kategori wanita, Jolie mencatat 8.2 peratus, Michelle Obama dengan 8 peratus di tangga kedua dan di tangga ketiga, Oprah Winfrey dengan 7.1 peratus.

Sumber: Astro Awani